home.social

#alquran — Public Fediverse posts

Live and recent posts from across the Fediverse tagged #alquran, aggregated by home.social.

fetched live
  1. Selain daripada larangan berhias ini, ada larangan yang lebih besar, iaitu wanita yang kematian suami juga tidak boleh menerima peminangan dalam tempoh empat bulan sepuluh hari ini. Begitu juga mereka dilarang untuk berkahwin. Jika telah habis tempoh, maka semua larangan ini sudah terbatal, wanita dibenarkan berhias semula dan tiada halangan jika ingin berkahwin. Allah maha mengetahui keperluan manusia dan menjaga kehormatan pihak yang lain juga.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah234

  2. Dalam tempoh empat bulan sepuluh hari itu, wanita yang kematian suami dilarang berhias. Perhiasan ini termasuklah jenis pakaian, aksesori dari emas dan perak, wangi-wangian, dan mengenakan solekan. Selain itu, mereka juga tidak boleh keluar dari rumah melainkan jika ada urusan penting seperti kesihatan, keselamatan, mendapatkan keperluan asas dan bekerja sekiranya tiada sumber pendapatan lain. Islam menetapkan sebaiknya bagi wanita tempatnya adalah di rumah.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah234

  3. Daripada Ummu Salamah r.a. (isteri Nabi ﷺ), beliau berkata: “Pada zaman Jahiliyah, apabila seorang wanita ditinggal mati oleh suaminya, dia akan masuk ke dalam tempat yang sempit (kotor), memakai pakaian paling buruk, dan tidak menyentuh sebarang wangian atau perhiasan selama setahun. Setelah genap setahun, seekor haiwan disembelih untuknya dan dia keluar…” (Riwayat Bukhari No. 1281 dan Muslim No. 938). Islam memberi keringanan kepada wanita.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah234

  4. Bagi isteri yang kematian suami, tempoh iddahnya adalah empat bulan sepuluh hari. Tempoh ini berbeza dengan iddah kerana penceraian iaitu tiga kali suci. Antara hikmahnya adalah untuk memberi tempoh kepada isteri untuk bertenang dan mengubah kehidupan daripada berpasangan kepada berseorangan. Ia juga sebagai penghormatan kepada keluarga suami. Tempoh ini juga dinyatakan terus tempohnya supaya orang di sekeliling boleh menghitung sendiri tempoh ini.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah234

  5. Perkara pertama yang perlu diselidiki ialah sama ada seseorang itu beriman kepada Allah dan hari Akhirat. Perkara ini penting dan lebih utama untuk dipertimbangkan berbanding pekerjaan, status, keturunan dan lain-lain. Allah menutup ayat ini dengan sifat-Nya yang maha mengetahui. Ini menunjukkan sangkaan manusia itu lemah; menghalang-halang orang daripada berkahwin semula tidak menyelesaikan masalah, malah mungkin menimbulkan masalah yang lebih besar pula.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah232

  6. Daripada Jabir bin Abdullah r.a., bahawasanya Nabi ﷺ bersabda: “Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, dan seorang gadis diminta izinnya ke atas dirinya, dan izinnya adalah diamnya.” (Sahih Muslim, Kitab An-Nikah, Bab Isti’dzan Ats-Tsayyib wal Bikr). Walaupun seorang janda lebih berhak ke atas dirinya berbanding walinya, namun tidak semestinya wali hanya menerima pilihan hatinya tanpa menyelidiki latar belakang pasangan.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah232

  7. Wanita yang telah bercerai tidak sepatutnya dihalang daripada berkahwin semula. Perkahwinan ini adalah sama ada dengan lelaki lain atau dengan bekas suaminya (dengan syarat-syarat yang memenuhi syariat). Dalam masyarakat ada yang berpandangan penceraian adalah suatu yang dianggap sial, berkahwin semula seperti mengundang sial yang lain pula, ini adalah kepercayaan yang tidak benar. Wali atau bukan wali tidak sepatutnya menghalang perkahwinan seterusnya.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah232

  8. Nikmat terbesar yang sebenarnya adalah nikmat kitab Al-Qur'an yang diturunkan. Allah mahu kita lihat kebesaran-Nya melalui kitab yang diturunkan. Di dalamnya ada petunjuk untuk menjalani kehidupan. Selain itu, sunnah Nabi ﷺ juga adalah nikmat yang besar. Banyak sekali ditunjukkan perbuatan Nabi ﷺ dalam menjaga hubungan dengan isteri-isterinya r.a. Banyak keruntuhan institusi kekeluargaan berlaku kerana kalam manusia lebih diutamakan daripada wahyu.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah231

  9. Allah mengingatkan kita semua supaya mengenang segala nikmat yang telah Allah kurniakan. Dalam bab perkahwinan yang bermasalah, tetap sahaja Allah kurniakan rahmatnya dan nikmatnya dalam perkahwinan tersebut, cumanya manusia mudah melupakan nikmat yang telah Allah kurniakan. Anak-anak merupakan nikmat besar dalam rumah tangga selain nikmat bersama antara suami dan isteri. Dengan mengenang nikmat-nikmat ini, ia akan menjadikan seseorang itu lebih rasional.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah231

  10. Abu Hurairah r.a. meriwayatkan: "Tiga perkara yang seriusnya dianggap bersungguh-sungguh dan gurauannya dianggap bersungguh-sungguh, iaitu nikah, cerai, rujuk." (Riwayat Abu Daud No. 2194 dinilai hasan oleh Albani). Tiga perkara ini tidak boleh dibuat main-main. Apa yang disebutkan tetap dikira walaupun orang itu berkata dia hanya bergurau. Kerana itulah diberikan masa supaya seorang suami itu dapat berfikir masak-masak sebelum penceraian berlaku.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah231

  11. Suami yang menceraikan isterinya perlu menceraikannya dengan baik juga. Walaupun penceraian berlaku, hubungan kekeluargaan tetap ada. Ini terutamanya sekiranya pasangan sudah mempunyai anak, tetap ada hubungan dengan mertua, anak dengan datuk dan nenek, ibu dan bapa saudara yang perlu dijaga. Orang yang merujuk semula atau menceraikan dengan buruk sebenarnya menganiaya diri sendiri. Ada juga yang menjadikan ayat-ayat Allah sebagai bahan permainan.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah231

  12. Suami yang merujuk kembali isterinya semasa dalam tempoh iddah perlulah melakukannya dengan tujuan baik. Dalam surah Thalaq ayat 2; "Apabila mereka telah mendekati akhir iddahnya, maka rujukilah mereka dengan baik atau lepaskanlah mereka dengan baik dan persaksikanlah dengan dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah." Saksi diperlukan supaya tidak timbul isu dikemuadian hari dalam hal cerai dan rujuk.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah231

  13. Dalam tempoh iddah, tanggungjawab masing-masing masih berjalan seperti biasa. Suami dan isteri masih tinggal bersama. Lelaki diberi kelebihan 1 darjat berbanding isteri, ini menunjukkan keputusan di tangan suami dan isteri masih perlulah menghormatinya. Apa pun kelebihan sedikit itu, jangan disalahgunakan sehingga menzalimi pula. Suami dan isteri perlu mengetahui bahawa Allah maha berkuasa dan bijaksana dalam menetapkan hal-hal rumah tangga.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah228

  14. Di zaman jahiliyah tidak ada peraturan yang jelas tentang tempoh iddah. Hak seorang wanita pada ketika itu berada pada titik terendah. Islam datang dengan peraturan-peraturan yang melindungi hak wanita. Tidak benar jika dikatakan Islam merendahkan wanita, sedangkan Islamlah yang menjaga hak wanita. Perkara seperti iddah tidak ada dalam amalan agama lain. Sekiranya perempuan itu ada bayi yang dikandungnya, hendaklah dia memaklumkan perkara tersebut.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah228

  15. Sekiranya isteri diceraikan, hendaklah seorang perempuan itu menunggu tempoh tiga kali suci sebelum mereka boleh berkahwin semula. Tempoh ini penting untuk menjaga nasab dengan memastikan rahim kosong. Ia juga memberi tempoh rujuk kepada suami yang menceraikan isterinya bagi talak pertama dan talak kedua. Ia juga memberi tempoh bertenang dan tidaklah tindakan mana-mana pihak itu kelam-kabut. Tempoh iddah bagi yang mengandung adalah sehingga bayi lahir.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah228

  16. Makna Luzūmul Jamā'ah dalam Islam bukan sekadar berkumpul, melainkan bersatu di atas kebenaran. Pelajari prinsip persatuan yang diajarkan Al-Qur'an dan Sunnah.

    #fediverse #AlQuran #Memerintahkan #Luzmul

    dalam.web.id/jejak-sejarah/al-

  17. rahasia menakjubkan mengapa Al-Qur'an selalu mendahulukan kata pendengaran daripada penglihatan, dan bagaimana sains modern membuktikan fakta ini.

    #fediverse #Rahasia #AlQuran #Kenapa

    dalam.web.id/lainnya/rahasia-a

  18. 3. Di antara persoalan para sahabat yang mencetus kemarahan nabi saw ialah soalan yang menanyakan siapa bapa mereka. Konteksnya ialah ketika di zaman jahiliah banyak berlaku zina dan kerap terjadi seorang anak itu tidak tahu siapa bapanya yang sebenar dan persoalan ini ditanyakan kepada nabi saw. Ini adalah soalan yang tidak patut ditanya dan tiada faedah lagi. Para sahabat diingatkan tidak mengikut perangai Yahudi yang bertanyakan perkara yang tidak patut.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah108

  19. 2. Bukan semua ahli kitab memusuhi Islam, Allah masih lagi menggelar mereka sebagai alhi kitab. Yang perlu berhati-hati ialah yang kafir dikalangan mereka. Kafir di sini bermaksud mereka yang telah tahu kebenaran Islam tetapi tetap tidak mahu menerimanya. Golongan kedua yang Allah mahu para sahabar berhati-hati ialah kaum musyrikin seperti musyrikin Mekah. Mereka yang yang pertama menentang Islam sehinggakan nabi saw dan sahabat berhijrah ke Madinah.

    #tadabbur #alQuran #alBaqarah105

Share on Mastodon

Enter the server where you have an account.