#tadabbur — Public Fediverse posts
Live and recent posts from across the Fediverse tagged #tadabbur, aggregated by home.social.
-
2. Dalam ayat sebelum ini, telah disebutkan bahawa keperluan berwasiat apabila seseorang hampir mati, kita dianjurkan berwasiat dengan dua orang saksi yang adil. Ini disebutkan dalam surah Al Maidah ayat 106; "Hai orang-orang yang beriman, apabila salah seorang kamu menghadapi kematian, sedang dia akan berwasiat, maka hendaklah (wasiat itu) disaksikan oleh dua orang yang adil di antara kamu...". Dalam ayat ini Allah terangkan tentang orang yang menjadi saksi.

Maksud kedua hasanah ialah pahala yang berpanjangan iaitu berpanjangan walaupun setelah kematian kita, dari hadith sumbernya ada 3 iaitu sedekah jariah, ilmu bermanfaat dan doa anak yang soleh. Kemudian, setelah meminta kebaikan dari urusan dunia, kita minta pula kebaikan dari urusan akhirat. Kebaikan akhirat yang utama adalah syurga Allah. Kebaikan ini boleh diluaskan lagi kepada kebaikan ketika di dalam kubur, ketika dibangkitkan di mahsyar dan ketika hisab.

1. Hukum qisas menjamin kehidupan yang lebih aman. Penjenayah akan berfikir berkali-kali kerana tahu hukuman bagi membunuh adalah bunuh semula. Ia lebih melegakan keluarga orang yang dibunuh. Ramai yang menentang hukum ini kerana zalim atau tidak sesuai lagi diamalkan sekarang, ini adalah pemahaman yang tidak benar dan seseorang itu boleh jatuh kepada kekufuran kerana menolak perintah Allah. Hukuman dalam Islam bukan hanya menghukum, tetapi sebagai pengajaran.
-
2. Golongan ini sebenarnya berada pada persimpangan yang jauh dengan kebenaran. Itulah sebabnya mengapa ilmu wahyu ini perlu disebarkan untuk dipelajari kerana ilmu yang benar adalah jalan kepada keimanan yang benar. Terdapat lafaz masyhur yang dikatakan hadith, sebenarnya tidak iaitu; “Perselisihan dalam kalangan umatku adalah rahmat.” Dalam Al Quran banyak sekali ayat yang menganjurkan umat Islam supaya bersatu di atas wahyu Allah dan sunnah nabi saw.
-
2. Perkara kedua yang boleh diambil pengajaran dari ayat ini ialah menyembunyikan kebenaran bermaksud jalan kepada azab neraka manakala menyebarkan kebenaran pula adalah jalan keampunan Allah. Allah memang mahukan kita menyebarkan atau berdakwah tentang agama kepada sekalian manusia. Tidak terhad dakwah kepada hanya orang Islam sahaja, atau kepada orang yang pergi ke masjid sahaja. Ayat-ayat Allah adalah untuk disebarkan walaupun tidak disukai orang kafir.
-
3. Kita diingatkan untuk bertakwa kepada Allah. Semua urusan kaum Muslimin perlu sentiasa ditimbang dengan pertimbangan untuk mendekatkan diri kepada Allah serta memuliakan agama, apatah lagi jika tindakan itu berlaku pada bulan haram. Kaum Muslimin berperang hanya kerana Allah dan bukan kerana habuan dunia. Jika semua ini dipatuhi, barulah pertolongan Allah akan datang kepada kaum Muslimin. Sesungguhnya Allah sentiasa bersama orang-orang benar.
-
2. Perkara yang dihormati jika dicabuli, ada balasannya dan balasan ini perlu seimbang. Begitulah adab menjaga kehormatan bulan haram. Sekiranya musyrikin Mekah menyerang rombongan umrah Nabi ﷺ dan sahabat, maka dibenarkan untuk menyerang semula mereka. Selain bulan, ada juga tempat-tempat yang dihormati dan hukumnya juga sama. Sekiranya orang kafir menceroboh, maka kita juga dibolehkan untuk menceroboh tempat mereka dengan tidak melampau.
-
1. Asbabun nuzul ayat ini adalah tentang umrah Nabi ﷺ dan sahabat yang tertangguhkan pada bulan Zulkaedah 6H, lalu termeterai perjanjian Hudaibiyah. Dibenarkan mereka untuk berumrah pada bulan Zulkaedah 7H. Bulan Zulkaedah termasuk 4 bulan haram selain Rejab, Zulhijjah dan Muharam. Bulan-bulan ini dihormati dan tidak dibenarkan memulakan peperangan pada bulan haram. Walau bagaimanapun, larangan ini ada hadnya. Ayat ini turun sebagai peringatan dan jaminan.